Anggota bomba memadam kebakaran membabitkan dua kedai buah-buahan di Jalan Sintok, petang tadi. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba memadam kebakaran membabitkan dua kedai buah-buahan di Jalan Sintok, petang tadi. FOTO ihsan bomba
Zuliaty Zulkiffli


Bukit Kayu Hitam: Dua kedai buah-buahan di Jalan Sintok, Changlun, di sini, musnah dalam kebakaran, petang tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 2.29 petang dan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam tiba 10 minit kemudian.

Beliau berkata, seramai enam anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II Hisham Che Haron dibantu Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Changlun, Tunjang dan Padang Sera terbabit dalam operasi itu.

"Setibanya di lokasi, kedai buah-buahan itu sedang terbakar membabitkan 80 peratus dan tugas pemadaman dilakukan.

"Api dikawal jam 2.48 petang dan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Februari 2017 @ 5:36 PM