HASIM (tengah) dan Mussita (kanan) bersama Nur Latisha (kiri).  FOTO Muhammad Zuhairi Zuber
HASIM (tengah) dan Mussita (kanan) bersama Nur Latisha (kiri). FOTO Muhammad Zuhairi Zuber
Salman Hamat


Melaka: Suami isteri minta ibu kandung kepada bayi perempuan berusia empat bulan tampil segera bagi membantu urusan pendaftaran dan penyerahan hak penjagaan bayi berkenaan.

Hasim Baba, 64, berkata, bayi dinamakan Nur Latisha itu ditinggalkan ibu kandungnya yang menumpang rumah mereka di Bukit Piatu, tiga hari selepas dilahirkan di Hospital Muar, Johor, September tahun lalu.

Katanya, dia dan isteri, Mussita Ahim, 52, berkenalan dengan ibu kandung bayi berkenaan dikenali sebagai Saharah Kamisan, 37, di Hospital Melaka April tahun lalu ketika mendapatkan rawatan.

"Wanita itu beritahu kami dia orang susah dan ada dua lagi anak iaitu perempuan dianggar berusia dua tahun, manakala seorang lagi lelaki yang juga orang kurang upaya (OKU) setahun lebih.

"Kerana tidak mempunyai anak, isteri saya amat rapat dengan Saharah, malah selepas melahirkan Nur Latisha dia terus hubungi kami," katanya, ketika ditemui di Banda Hilir, hari ini.

Pesara itu berkata, dia kemudian mengajak Sahara dan tiga anaknya tinggal di rumahnya.

Namun wanita itu menghilangkan diri bersama dua lagi anak dengan memberi alasan mahu ke Hospital Serdang, Selangor.

Dia berharap orang ramai mempunyai maklumat mengenai Saharah, menghubunginya di talian 010-7864033 atau 013-6226944.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 January 2017 @ 6:54 PM