TIMBUNAN sisa kayu yang hanyut tersangkut pada jambatan sementara yang tenggelam di Kampung Pulau Setelu, Gua Musang. FOTO Ramli Ibrahim
TIMBUNAN sisa kayu yang hanyut tersangkut pada jambatan sementara yang tenggelam di Kampung Pulau Setelu, Gua Musang. FOTO Ramli Ibrahim
Muhamaad Razis Ismail


Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat sedikit kepada 128 orang sehingga 9 malam tadi berbanding 109 orang pada 6 petang.

Menurut portal eBanjir Kelantan semua mangsa banjir membabitkan 28 keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara ( PPS).

Pertambahan mangsa banjir berlaku di Pasir Puteh iaitu seramai 44 orang berbanding 25 orang jam 6 petang tadi sekali gus merekodkan jumlah mangsa tertinggi.

Selain itu, jumlah mangsa banjir di Kota Bharu masih kekal 43 orang, diikuti Pasir Mas (27) dan Kuala Krai (14).

Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada di paras bahaya iaitu 9.45 meter (m). Dua sungai berada di paras amaran iaitu Sungai Galas, Dabong (36.32m) dan Sungai Kelantan di Tangga Krai (23.2 m).

Lapan laluan masih ditutup iaitu di Gua Musang (1), Pasir Mas (6)dan Pasir Puteh (1).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 January 2017 @ 10:01 PM