PENDUDUK terpaksa menggunakan pacuan empat roda ke kediaman mereka berikutan laluan ke kampung masih ditenggelami air di Kampung Seberang Lating, Kedai Mulong, Kota Bharu. FOTO Syamsi Suhaimi
PENDUDUK terpaksa menggunakan pacuan empat roda ke kediaman mereka berikutan laluan ke kampung masih ditenggelami air di Kampung Seberang Lating, Kedai Mulong, Kota Bharu. FOTO Syamsi Suhaimi
Muhamaad Razis Ismail


Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus menurun kepada 3,301 orang pada 9 malam berbanding 3,512 orang, 6 petang tadi berikutan cuaca cerah sejak pagi tadi.

Menurut portal eBanjir Kelantan semua mangsa membabitkan 948 keluarga ditempatkan di 24 pusat pemindahan sementara ( PPS).

Daerah Pasir Puteh masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 2,549 mangsa diikuti Pasir Mas (510), Kota Bharu (198) dan Kuala Krai (44).

Paras Sungai Golok menunjukkan penurunan sehingga 9.81 meter namun masih berada pada paras bahaya.

Sementara itu, sembilan laluan masih ditutup masing-masing enam di Pasir Mas, Pasir Puteh (2) dan Tumpat (1).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 January 2017 @ 10:45 PM