Mangsa banjir, Noriah Che Wan, 57, bersama suaminya, Mohd Yaacob, 61, menjemur barangan yang ditenggelami air selepas air banjir mulai surut di rumahnya di Kampung Belimbing, Kota Bharu. FOTO SYAMSI SUHAIMI

Muhamaad Razis Ismail

Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir di negeri ini yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) terus berkurangan kepada 3,185 orang sehingga 9 pagi tadi berbanding 3,260 orang jam 12 tengah malam tadi.

Menurut portal eBanjir Kelantan semua mangsa banjir membabitkan 911 keluarga ditempatkan di 22 PPS.

Jumlah mangsa banjir di tempatkan di 10 PPS Pasir Puteh kekal seramai 2,549 mangsa, diikuti Pasir Mas mencatatkan 435 orang, Kota Bharu (157) dan Kuala Krai (44).

Paras Sungai Golok masih berada di paras bahaya iaitu 9.65 meter manakala Sungai Galas di Dabong menunjukkan peningkatan ke paras amaran (34.58m).

Sementara itu, sebanyak sembilan laluan masih ditutup masing-masing enam di Pasir Mas, Pasir Puteh (2) dan Tumpat (1).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 January 2017 @ 9:37 AM