Keadaan National Mall di depan Capitol yang lengang (kanan) ketika Trump mengangkat sumpah berbanding ketika Obama pada 2009 (kiri).
Keadaan National Mall di depan Capitol yang lengang (kanan) ketika Trump mengangkat sumpah berbanding ketika Obama pada 2009 (kiri).
Agensi

Washington: Setiausaha Rumah Putih Sean Spicer berang dengan laporan media yang didakwanya ‘tidak tepat’ dan ‘mengelirukan’ mengenai jumlah orang ramai datang ke Capitol di sini, menyaksikan majlis angkat sumpah Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45,

“Majlis angkat sumpah ini paling ramai penonton. Cukup! Sama ada di sini atau seluruh dunia,” katanya dengan nada marah ketika sidang media di sini, hari ini.

Beliau menegaskan tiada jumlah rasmi walaupun banyak media melaporkan hanya 250,000 orang menyaksikan majlis itu di Capitol, berbanding 1.8 juta orang ketika Barrack Obama mengangkat sumpah.

Sebelum ini, pegawai Trump menyatakan sekurang-kurangnya 720,000 orang datang ke National Mall untuk menyaksikan majlis itu.” katanya.

National Mall ialah kawasan dari Capitol hingga ke Tugu Washington dan jurucakap itu berkata, ada 250,00 orang dari Capitol hingga ke Fourth Street, dari Fourth Street ke khemah media 220,000 lagi dan dari khemah media ke tugu , seramai 250,000 lagi.

Namun, gambar dari udara menunjukkan sebaliknya, kawasan berkenaan kelihatan agak lengang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 January 2017 @ 5:40 PM