DOE (kanan) jaring gol kedua Selangor.
DOE (kanan) jaring gol kedua Selangor.
Firdaus Hashim


Selayang: Pasukan penuh bermasalah, Selangor membuktikan kontroversi yang melanda mereka sepanjang persiapan Liga Super musim ini bukan penghalang untuk melakar kemenangan pertama dalam aksi Liga Super apabila mengatasi Pulau Pinang 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MP Selayang) malam tadi.

Beraksi di depan kira-kira 5,000 penyokong setia Red Giants, jurulatih P Maniam menerapkan formasi 3-4-3 dan nyata percaturannya itu membuahkan hasil.

Seawal minit ketiga, tuan rumah dihadiahkan sepakan percuma yang diambil Mohd Raimi Md Nor namun percubaannya berjaya ditepis sebelum tindakan susulan tonggak import Ugo Ukah dikesan ofsaid.

Pemain tengah Merah Kuning Saiful Ridzuwan Selamat berpeluang memecah kebuntuan pada minit ke-14 selepas menerima hantaran Muhammad Syahmi Safari di sebelah kanan tapi rembatannya melambung tinggi.

Selepas diasak bertali arus oleh jentera depan tuan rumah, pelawat sesekali melancarkan serangan pantas dan gerakan Muhd Faizat Mohd Ghazali pada minit ke-22 nyata mencemaskan kubu Selangor namun rembatannya gagal menemui sasaran.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 January 2017 @ 5:27 AM