Reuters

Rome: Beberapa gegaran akibat gempa bumi berukuran sehingga 5.7 magnitud menggegarkan tengah Itali, termasuk wilayah Abruzzo, Marche dan Lazio, serta Rome menyebabkan pihak berkuasa mengosongkan sistem kereta api bawah tanah, Rome Metro.

Gempa berpusat lima kilometer dari bandar Amatrice yang dilanda gempa 6.1 magnitud pada Ogos 2016, mengorbankan 297 orang, 104 kilometer di utara Rome, berlaku pada kedalaman 10 kilometer pada 10.25 pagi waktu tempatan (5.25 petang waktu Malaysia).

Setakat ini belum ada laporan kerosakan dan kecederaan namun status di media sosial menyatakan pihak berkuasa Rome sudah menghentikan perkhidmatan kereta api bawah tanah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 January 2017 @ 6:49 PM