GEMPA terletak 102 kilometer barat daya Denpasar dan pada kedalaman 100 kilometer. REUTERS
GEMPA terletak 102 kilometer barat daya Denpasar dan pada kedalaman 100 kilometer. REUTERS
Reuters

BALI: Gempa bumi bawah laut berukuran 6.1 magnitud menggegarkan selatan pulau Bali, hari ini.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan Pusat Amaran Tsunami Pacific yang berpangkalan di Hawaii.

Pusat gempa terletak 102 kilometer barat daya Denpasar dan pada kedalaman 100 kilometer, kata agensi pengawasan gempa bumi, EMSC.

Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) mencatatkan ukuran awal gempa itu pada 5.7 magnitud.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Julai 2019 @ 10:55 AM