Haniff (kiri) berbincang bersama gabungan NGO di pejabatnya, hari ini. FOTO KP1M
Haniff (kiri) berbincang bersama gabungan NGO di pejabatnya, hari ini. FOTO KP1M
Yusmizal Dolah Aling


Yangon : Semua aspek berkemungkinan termasuk prosedur sedia ada perlu diambil kira dan dipatuhi sebelum mendapat kelulusan untuk menghantar bantuan ke Myanmar.

Duta Besar Malaysia ke Myanmar Haniff Abd Rahman berkata, ketika ini pihaknya masih dalam perbincangan bersama beberapa pihak termasuk penganjur misi Food Flotilla For Myanmar, Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

"Hari ini kita mengadakan perbincangan bersama untuk melihat apa yang boleh dilakukan menerusi misi ini dan tentunya ia membabitkan juga prosedur sedia ada.

"Saya diberikan penerangan mengenai misi kemanusiaan ini dan kita akan bertemu dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan serta Kementerian Luar Myanmar berhubung perkara ini," katanya ketika ditemui di Kedutaan Malaysia di sini.

Turut serta, Naib Presiden KP1M Harridzs Mohan Abdula dan aktivis MAPIM Zulkifli Haron.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 January 2017 @ 4:36 PM