FOTO ihsan pembaca
FOTO ihsan pembaca
Shamsul Munir Safini


Prai: Dua cedera apabila motosikal dinaiki dirempuh sebuah kereta peronda polis (MPV) di susur keluar ke Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di Jalan Baru, di sini, jam 10.45 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, MPV berkenaan dalam perjalanan dari Mahkamah Butterworth ke Mahkamah Jawi bagi tugasan pengiring.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, MPV berkenaan telah berlanggar dengan motosikal ditunggang seorang lelaki Thai Bee Chin, 48, bersama seorang perempuan Neoh Chun Yeat, 18, yang dalam perjalanan ke Perai dari Bukit Mertajam.

Difahamkan, motosikal ditunggang Thai tidak memberi laluan kepada MPV yang masuk ke simpang itu.

Kedua-dua mereka yang cedera dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) bagi mendapatkan rawatan susulan manakala pemandu MPV tidak mengalami kecederaan.

Kejadian disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mei 2016 @ 3:40 PM