FOTO Arkib NSTP
FOTO Arkib NSTP
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuching: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, 72, meninggal dunia di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS), Kota Samarahan jam 1.30 petang tadi akibat komplikasi jantung.

Berita itu disahkan Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian yang juga seorang pakar kardiologi dan berpengalaman merawat pemimpin veteran itu.

Adenan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak dimasukkan ke Pusat Jantung HUS, Kota Samarahan kelmarin selepas mengadu mengalami keletihan melampau dan kesukaran bernafas.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Abang Openg dijadualkan mengadakan sidang media berhubung kematian Adenan di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya jam 3.30 petang ini.

Turut serta dalam sidang media itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Morshidi Abdul Ghani termasuk bagi menjelaskan persiapan majlis pengebumian negeri bagi tokoh berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 January 2017 @ 3:12 PM