Adenan meninggal dunia tengah hari tadi.
Adenan meninggal dunia tengah hari tadi.
Raja Noraina Raja Rahim

Seremban: Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, 72, yang meninggal dunia di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS), Kota Samarahan tengah hari tadi.

Beliau berkata, ucapan itu mewakili keluarganya kepada Puan Sri Jamilah dan keluarga.

"Pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan buat rakyat Sarawak dan negara.

"Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT jua," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Adenan Satem meninggal dunia jam 1.30 tengah hari tadi, akibat komplikasi jantung.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 January 2017 @ 9:21 PM