Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud tiba di Institut Jantung Negara (IJN) Kota Samarahan, Kuching. FOTO Nadim Bokhari
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud tiba di Institut Jantung Negara (IJN) Kota Samarahan, Kuching. FOTO Nadim Bokhari
Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Kerajaan negeri menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, 72, yang meninggal dunia di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS), Kota Samarahan petang tadi.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ucapan itu mewakili seluruh rakyat Johor kepada isteri dan keluarga Allahyarham.

"Bagi seluruh rakyat Johor, saya merakamkan ucapan takziah kepada Puan Sri Jamilah dan keluarga serta seluruh rakyat Sarawak di atas kepulangan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem ke rahmatullah.

"Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar buat Bumi Kenyalang dan Malaysia amnya, lebih-lebih lagi beliau sedang rancak melaksanakan pelbagai inisiatif memajukan negeri itu," katanya dalam kenyataannya hari ini.

Katanya, didoakan semoga roh beliau dicucuri rahmat dan diberkati Allah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 January 2017 @ 5:01 PM