Mohd Hashim. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Mohd Hashim. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Nursyahirah Marzuki


Putrajaya: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunggu makluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak mengenai kematian dan kekosongan luar jangka kerusi DUN N.03 Tanjong Datu.

Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, SPR hanya akan mengadakan mesyuarat khas berkaitannya selepas menerima makluman rasmi daripada Speaker DUN Sarawak.

"Sebarang maklumat lanjut mengenai perkara ini akan dibuat dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, 72, yang juga penyandang kerusi DUN Tanjong Datu meninggal dunia di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS), Kota Samarahan, Sarawak jam 1.30 tengah hari tadi akibat komplikasi jantung.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 January 2017 @ 7:24 PM