Hairulazim Mahmud


Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Adenan Satim berikutan pemergian ke rahmatullah Ketua Menteri Sarawak itu tengah hari tadi.

Perdana Menteri berkata, jasa Allahyarham kepada Sarawak amat besar dan Malaysia kehilangan seorang pemimpin berwibawa.

“Innalillahi wainna ilaihirajiun. Terima berita sedih Tan Sri Adenan Satem sudah pulang ke rahmatullah.

“Saya akan ke Sarawak untuk ziarah jenazah,” kata beliau melalui laman sosial Twitter hari ini.

Adenan, 72, meninggal dunia di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS), Kota Samarahan kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi akibat komplikasi jantung.

Ia disahkan Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Dr Sim Kui Hian yang juga seorang pakar kardiologi dan berpengalaman merawat pemimpin veteran itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 January 2017 @ 4:24 PM