GRAFIK oleh Raja Shah Amimarzuan
GRAFIK oleh Raja Shah Amimarzuan

Cyberjaya: Awas! Penyebar berita palsu di laman sosial, anda sedang diburu!

Itu tegas Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Mohamed Sharil Tarmizi yang sedang menyiasat beberapa individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penyebaran berita palsu mengenai banjir yang sedang melanda beberapa negeri.

"Kami sedang menyiasat penyebaran berita palsu berkaitan keruntuhan Pusat Pemindahan Sekolah Manek Urai.

"Beberapa individu sudah dikenal pasti dan mereka diminta untuk tampil bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mereka yang diminta untuk tampil membantu siasatan adalah seperti berikut:

1. Mohd Zulkifli bin Ismail (No MyKad: 821125-03-5687). Alamat terakhir: 474, Guchil 7, 18020 Kuala Krai, Kelantan

2. Roslina binti Hassan (No MyKad: 741228-03-6172). Alamat terakhir: 31, Lorong 8/SS6, Bandar Tasek Mutiara, 14120 Simpang Ampat, Pulau Pinang

3. Tengku Roslina binti Tengku Hamid (No MyKad: 880306-03-5870). Alamat terakhir: Rpt Sungai Sok, Kuala Krai, 18000 Kelantan

4. Ahmad Wafiuddin bin Ahmad Supri (No MyKad: 940729-03-5129). Alamat terakhir: Kg Manek Urai Lama, Kuala Krai, 18000 Kelantan

Mereka diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat SKMM, Mai Zairani Zainal Abidin (019-3385009) atau Mohamad Syukri Jamaluddin (019-2869515) dengan segera.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang mereka di atas juga diminta menghubungi pegawai penyiasat SKMM.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Disember 2014 @ 10:43 PM