BARIS pelakon dan kru La La Land di Anugerah Golden Globe. FOTO AP
BARIS pelakon dan kru La La Land di Anugerah Golden Globe. FOTO AP
Michelle Gun


Kuala Lumpur: Malam kemuncak Anugerah Golden Globe ke-74 yang berlangsung secara langsung dari Beverly Hills, California, hari ini menyaksikan filem muzikal La La Land menggondol tujuh trofi.

Kemenangan bagi kesemua kategori yang dicalonkan itu termasuk Filem Komedi atau Muzikal Terbaik serta Pelakon Terbaik yang dimenangi Ryan Gosling dan Emma Stone.

Pengarah La La Land, Damien Chazelle turut diangkat sebagai Pengarah Terbaik dan filem itu turut diiktiraf Lakon Layar Terbaik, Skor Muzik Asli Terbaik dan Lagu Terbaik.

Sementara itu Moonlight dinobatkan sebagai Filem Drama Terbaik manakala Zootopia memenangi trofi Animasi Terbaik.

Bagi kategori Televisyen, The Crown dan Atlanta masing-masing membawa pulang trofi bagi Siri Drama Terbaik serta Siri Muzikal atau Komedi Terbaik.

Manakala siri mini The Night Manager memenangi tiga kategori bagi Pelakon Lelaki Siri Mini atau Telefilem Terbaik (Tom Hiddleston), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Olivia Colman) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Hugh Laurie).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 January 2017 @ 1:17 PM