AFP

London: Yaya Toure mencabar pemain Manchester City untuk kembali membuatkan pengurus mereka Pep Guardiola tersenyum dan kenyataan pemain itu hadir menjelang aksi pusingan ketiga Piala FA di West Ham, awal pagi esok.

Angin Guardiola tidak baik walaupun anak buahnya menang 2-1 ke atas Burnley, Isnin lalu dan beliau menyalahkan pegawai perlawanan yang didakwa berlaku tidak adil terhadap pemainnya.

Ia sekali gus menambahkan lagi andaian yang menyebut beliau mungkin tidak lama di arena bola sepak Inggeris dan Guardiola sendiri pernah menyatakan beliau tidak mungkin melanjutkan kontrak samasanya.

Walaupun Guardiola memenangi pelbagai kejuaraan sepanjang bersama Barcelona dan Bayern Munich, keadaan tidak lagi sama di City kerana setidak-tidaknya dua kelab itu boleh dikatakan pasti menjulang trofi.

Dalam saingan Liga Perdana, sebagai contoh pasukan seperti Leicester City turut berpeluang muncul juara musim lalu dan keadaan itu tidak akan dapat ditemui di Sepanyol atau Jerman.

Ketika masih terlalu awal untuk menyatakan falsafah bola sepak Guardiola tidak menjadi di England, beliau kelihatan seolah-olah sudah hilang idea untuk meletakkan City kembali ke landasan kemenangan.

Pemain tengah City Toure yang kembali disenaraikan selepas bertelagah dengan Guardiola awal musim ini, percaya jalan penyelesaian kepada masalah yang mereka hadapi ketika ini ialah dengan bermain lebih baik.

“Ketika ini kami tidak berada pada tahap terbaik dan perlu menghasilkan keputusan positif,” kata Toure.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 January 2017 @ 8:13 AM