PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola mahu tamatkan aksi Liga Perdana Inggeris dengan rekod 100 mata. FOTO Reuters
PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola mahu tamatkan aksi Liga Perdana Inggeris dengan rekod 100 mata. FOTO Reuters
AFP

PEP Guardiola menyasarkan 100 mata untuk melengkapkan “musim yang hampir sempurna” selepas pasukan juara, Manchester City mencipta tiga rekod dalam Liga Perdana dan penyokong tuan rumah mengucapkan selamat tinggal kepada pemain tengah veteran, Yaya Toure.

Kemenangan 3-1 City berdepan Brighton awal pagi tadi memberikan mereka 97 mata dan 105 gol untuk musim ini ketika mereka meraih kemenangan ke-31 kempen musim ini – semuanya dengan rekod baharu.

Pada penampilan terakhirnya sebagai pemain City, Toure, yang akan meninggalkan kelab itu pada penamat musim selepas lapan tahun, dipilih sebagai kapten.

Namanya dilaungkan sepanjang saingan dan sorakan gemuruh apabila dia dikeluarkan dan penyokong juga menunjukkan penghargaan buat pemain berusia 34 tahun dari Ivory Coast selepas perlawanan di tengah padang bersama abangnya yang juga bekas pemain City, Kolo Toure.

Bos City, Guardiola berkata: “97 mata, banyak gol, banyak kemenangan – itulah apa yang kami sudah lakukan. Ia bagus.

“Kini ia hanya satu lagi perlawanan (di tempat lawan menentang Southampton pada Ahad). Kami akan cuba mencari 100 mata dan menamatkan musim yang hampir sempurna kali ini dalam Liga Perdana.

“Ia sesuatu yang menakjubkan kerana kita melakukannya (memecah rekod) pada hari yang kita selalu akan diingati - hari buat Yaya.”

Guardiola berkata dia setuju dengan pihak yang menyatakan bahawa City perlu menang lebih banyak gelaran untuk layak disamakan dengan pasukan hebat lain termasuk Liverpool dan Manchester United.

“Pada penghujungnya, kami menang satu Liga Perdana – tiga dalam enam tahun, tetapi dalam masa ini hanya satu. Mereka menang banyak benda,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Mei 2018 @ 6:48 PM