MASA depan pemain City itu kembali diperhatikan apabila masih ingin wakili negara.
MASA depan pemain City itu kembali diperhatikan apabila masih ingin wakili negara.

Anda perlu memberi tumpuan penuh jika ingin memahami apa yangberada dalam fikiran Yaya Toure.

Pemain tengah itu sudah berkali-kali mengacah untuk meninggalkan Manchester City, namun kemudiannya menyalahkan media atau anasir luar yang lain.

Musim panas baru-baru ini, dia membuatkan Inter ternanti-nanti selepas perpindahan ke kelab itu hampir menjadi kenyataan.

Selepas berjaya membawa Ivory Coast ke mercu Piala Negara-Negara Afrika pada awal tahun ini, Toure yang menggalas watak kapten mula menunjukkan tanda-tanda ingin bersara daripada aksi antarabangsa.

“Saya fikir, matlamat saya sudah tercapai,” katanya.

“Masanya sudah tiba buat pemain remaja tidak lama lagi dan kami perlu memberi peluang kepada mereka pula.”

Kepentingan Toure terhadap City terlalu ketara sewaktu mengetuai pasukannya di Equatorial Guinea.

Daripada enam perlawanan berlangsung tanpa kehadirannya, pasukan itu hanya menang sekali. Mereka juga berkongsi kedudukan teratas dengan Chelsea ketika dia meninggalkan pasukan itu sebelum Krismas apabila berjaya mengejar pasukan berkenaan tetapi sebaik dia kembali, mereka benar-benar ketinggalan, tujuh mata di belakang dan tersingkir dari Piala FA.

Dia tidak lagi bermain mewakili negarany sejak kemenangan menerusi penentuan penalti ke atas Ghana pada Februari dan City pasti gembira dia berhasrat mahu menutup tirai karier antarabangsa.

Bagaimanapun kini, dia mahu kembali.

“Saya fikir perlawanan berikutnya adalah pada 2016 apabila kelayakan Piala Negara Afrika bersambung. Apapun, saya akan bersiap sedia,” katanya.

Manuel Pellegrini sentiasa menegaskan kegembiraannya jika pemainnya mewakili negara masing-masing, namun bukan semua orang di Etihad boleh menerima hasratnya untuk kembali ke pentas antarabangsa.

Penampilannya bersama City musim ini pastinya dipantau rapi tetapi dia sudah beberapa kali membuktikan bahawa dengan rehat yang cukup, dia masih mampu menguasai bahagian tengah yang menjadi faktor kejayaan kelabnya menjulang trofi pertama dalam tempoh satu generasi.

Hakikatnya Pellegrini mungkin terlalu banyak menggunakan general tuanya.

Selepas dibawa keluar dengan baki 10 minit perlawanan sewaktu kemenangan pembuka tirai menentang West Brom, Toure bermain hampir setiap minit dalam Liga Perdana Inggeris dan Piala Liga sehinggalah mengalami kecederaan ketika menentang Tottenham.

Biarpun begitu dia tetap diturunkan menentang Borussia Monchengladbach dan direhatkan pada selepas separuh masa pertama.

Dia kelihatan begitu keletihan musim ini tetapi mahu bermain setiap minit, dia berbincang dengan Pellegrini, lelaki yang mempengaruhi keputusannya untuk kekal di Etihad di tepi padang apabila dikeluarkan ketika menentang Norwich City.

Pastinya persaingan akan lebih hebat sebaik David Silva kembali cergas. Pemain Sepanyol itu adalah antara yang dilihat penting dalam kejayaan City kebelakangan ini berbanding Toure, dan menikmati musim yang baik sebelum mengalami kecederaan ketika mewakili Sepanyol pada Oktober.

Toure wajar dipuji atas peranannya dalam kemenangan di Seville tetapi juga mungkin perlu memberi laluan kepada Silva jika kembali, yang tentu sekali mencetuskan kegusaran mengenai kedudukan Kevin de Bruyne, satu daripada sebab mengapa kehilangan Silva dan Sergio tidak begitu dirasai. malah dua lagi pemain Raheem Stering dan Jesus Navas, turut membawa ancaman berbeza.

Toure mungkin bakal diletakkan sebaris Fernando dan Fernandinho tetapi kedua-dua pemain Brazil itu sudah membuktikan kemampuan mereka dalam perlawanan lebih besar.

Ia mungkin bermakna Pellegrini mempunyai banyak pilihan tetapi ia juga membuat kita terfikir mengenai masa depan Toure di kelab itu sama ada untuk jangka pendek atau panjang.

Perpindahan ke Inter hampir menjadi kenyataan sehinggalah pemilik kelab Sheikh Mansour dan pengerusi Khaldoon Al Mubarak campur tangan memintanya tidak meninggalkan City dengan kekecewaan.

Keputusan mengekalkan Pellegrini di kelab itu juga memainkan peranan dan Toure sendiri begitu menghormati cara jurulatih Chile itu menangani sebarang isu di luar padang.

Masa depan Pellegrini turut menjadi persoalan apabila kelab itu sering dikaitkan dengan Pep Guardiola. Pengakuan Toure bahawa dia berada di kelab itu kerana Pellegrini mungkin membayangkan berlaku rombakan andai Txiki Begiristain dan Ferran Soriano berjaya membawa bekas pengendali Barcelona ke Manchester.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 November 2015 @ 6:40 AM