Petikan CCTV menunjukkan Jia Jia berlari mengejar keretanya dan dia dipeluk ibunya di balai polis. - Foto Agensi
Petikan CCTV menunjukkan Jia Jia berlari mengejar keretanya dan dia dipeluk ibunya di balai polis. - Foto Agensi
Agensi

Beijing: Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun berlari mengejar kereta dipandu ibunya sejauh dua kilometer selepas wanita itu memandu tanpa menyedari anaknya tiada dalam kereta.

Menurut laporan media China semalam, wanita itu yang dikenali sebagai Li, dari Zhuji di wilayah Zhejiang, tidak sedar anaknya juga keluar dari kereta ketika dia menghantar bapa mentuanya ke stesen kereta api, Ahad lalu.

Menurut Shanghai Daily.com, Zhejiang TV melaporkan apabila Li memandu keretanya, anaknya yang tidak sempat masuk berlari mengejar keretanya dalam hujan dan di celah-celah kenderaan

Rakaman CCTV menunjukkan pada satu ketika, budak itu, Jia Jia, berjaya memegang pemegang pintu namun tidak sempat membukanya.

Pemandu lain membunyikan hon namun Li sama ada tidak mendengar atau mengendahkannya.

Dia hanya menyedari kejadian itu selepas satu teksi meminta keretanya dan pemandu teksi berkenaan bertanya kenapa budak lelaki mengejar keretanya. Namun, ketika itu anaknya sudah tiada di belakang kereta.

Wanita itu menghubungi polis yang kemudian menemui anaknya di jalan raya dalam keadaan basah kuyup.

Siaran televisyen menunjukkan Li menangis teresak-esak di balai polis sambil memeluk anaknya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Disember 2016 @ 10:30 PM