MEJA yang diperbuat daripada tunggul kayu hasil kerja Iqbal Fahmi mampu mencecah ribuan ringgit.
MEJA yang diperbuat daripada tunggul kayu hasil kerja Iqbal Fahmi mampu mencecah ribuan ringgit.
Shaiffulazhar Misri


Melaka: Minat terhadap seni pembuatan perabot menggunakan tunggul kayu balak mendorong Iqbal Fahmi Azmi, 25, memilih kerjaya sebagai seorang tukang kayu.

Dia yang sebelum ini bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang berkata, kemahiran itu dipelajari daripada bapanya yang mengusahakan pembuatan perabot antik ketika mereka menetap di Pahang.

“Saya kerap membantu ayah di bengkel, tetapi minat terhadap bidang ini timbul sejak tiga bulan lalu selepas ayah mula menggunakan tunggul kayu balak sebagai bahan mentah dalam pembuatan perabot.

“Melihat urat kayu yang terhasil menerusi proses semula jadi mengambil masa ratusan tahun menjadikan saya tenang dan mengagumi kekuasaan Allah.

“Setiap perabot seperti kerusi atau meja mempunyai ciri tersendiri. Saya meminimumkan pemotongan kerana mahu kekalkan urat kayu yang asli,” katanya ketika ditemui di bengkelnya di Kampung Air Tawar, Merlimau, di sini, kelmarin.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Disember 2016 @ 7:19 AM