KEBAKARAN kilang pembuatan perabot di Kampung Baru Sungai Buloh. FOTO ihsan Bomba
KEBAKARAN kilang pembuatan perabot di Kampung Baru Sungai Buloh. FOTO ihsan Bomba
Raja Noraina Raja Rahim


Shah Alam: Kilang pembuatan perabot di Kampung Baru Sungai Buloh dekat sini, musnah dalam kebakaran, hari ini.

Pusat Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima laporan kejadian pada 4.48 petang.

Pengarah JBPM Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, 11 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Selayang, Damansara serta Rawang dikejarkan ke lokasi.

"Jentera pertama tiba pada 5 petang. Kebakaran membabitkan enam premis di kilang pembuatan perabot.

"Ketika ini, pemadaman sedang dijalankan oleh pasukan bomba," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kejadian itu tular di media sosial selepas beberapa gambar dan rakaman video yang menunjukkan asap tebal dikongsi orang awam yang berada berhampiran lokasi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Ogos 2023 @ 6:05 PM