Oleh Azma Razana Johari


Bukit Mertajam: Mayat lelaki dalam keadaan sudah kembung ditemui terapung oleh orang awam berhampiran Kunci Air Mengkuang Mak Sulong di sini, 7.15 pagi tadi.

Mangsa dipercayai dihanyutkan dari hulu sungai sebelum ditemui orang awam melalui kawasan berkenaan kemudian memaklumkannya kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor ketika dihubungi, mengesahkan penemuan mayat lelaki berkenaan.

Beliau berkata, berdasarkan keadaanya yang sudah kembung mayat berkenaan dipercayai meninggal dunia sejak dua atau tiga hari lalu sebelum ditemui orang awam.

"Pemeriksaan awal dilakukan kami tidak menemui sebarang kecederaan pada badan mangsa, mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk dibedah siasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Disember 2014 @ 5:18 PM