ALBUM terbaru Yuna,  Chapters tersenarai antara 10 album R&B terbaik oleh carta Billboard.
ALBUM terbaru Yuna, Chapters tersenarai antara 10 album R&B terbaik oleh carta Billboard.

Bekerja keras untuk memberikan hasil terbaik dan pengiktirafan akan datang sendiri. Begitulah prinsip yang dipegang penyanyi Yuna.

Betapa pengiktirafan demi pengiktirafan diterima Yuna, 30, yang kini mengembangkan bakatnya di Amerika Syarikat (AS).

Yuna, sudah dua kali diberikan Anugerah Kembara dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) dan dalam AIM ke-22 baru-baru ini, dia sekali lagi menerima anugerah itu sekali gus membuktikan kehebatannya menawan dunia di pentas seni.

Bagaimanapun, penyanyi yang popular dengan lagu Crush berduet dengan bintang R & B, Usher ini mencabar golongan muda lain agar mengikut jejaknya mencipta nama di luar negara.

“Sebenarnya kita boleh. Saya harap generasi muda yang baru nak menceburi bidang muzik agar jangan takut dengan cabaran.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Disember 2016 @ 6:47 AM