IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
DJ Dolasoh


Gerik: Suami isteri maut manakala anak mereka parah dalam kemalangan di Jalan Lenggong-Gerik, dekat Kampung Malau, di sini, awal pagi ini.

Selain itu, dua yang lain turut cedera dalam nahas membabitkan dua kereta dan lori membawa set generator, pada 1.30 pagi.

Keshvinder Singh dan isterinya, Rajkaur, 40-an, yang menainiki Perodua Myvi maut manakala anak mereka yang duduk di belakang parah

Difahamkan, dua yang cedera ialah penumpang Honda City termasuk bayi 24 bulan manakala tiga lagi di dalam kenderaan itu selamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik, Azizul Aswad Asaris, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.37 pagi.

Katanya, tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati dua mangsa tersepit dalam Perodua Myvi.

“Anggota memerlukan kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa yang sudah maut ketika itu.

“Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Gerik. Mangsa yang parah dan cedera juga dibawa ke hospital sama,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Jamalani Mohd Isa ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Disember 2016 @ 12:30 PM