JEMAAH umrah keluar menaiki bas menuju ke KLIA. FOTO Fariz Iswadi Ismail
JEMAAH umrah keluar menaiki bas menuju ke KLIA. FOTO Fariz Iswadi Ismail
Nursyahirah Marzuki


Putrajaya: Penerbangan membawa jemaah umrah ke Tanah Suci kembali pulih, apabila pesawat sewa khas antara Kuala Lumpur dan Madinah, MH8211D yang mengalami masalah teknikal sebelum ini sudah dibaiki sepenuhnya.

Malaysia Airlines Berhad (MAB) berkata, pesawat berkenaan dijangka berlepas dari Lapangan Terbang Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Muhammad Abdul Aziz di Madinah 8.15 pagi (waktu tempatan).

Katanya, pesawat itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, 9.55 malam ini.

"Berikutan masalah dihadapi pesawat sewa khas itu, MAB menyediakan dua penerbangan tambahan pada 5 Disember dan hari ini menggunakan pesawat A330 untuk menampung jumlah penumpang yang terkandas.

"Beberapa lagi penerbangan dijadualkan berlepas dalam tempoh beberapa hari akan datang. Pihak kami amat kesal dengan kejadian ini sehingga mengganggu rancangan perjalanan jemaah dan mendoakan perjalanan mereka selamat dan diberkati,"katanya.

Harian Metro melaporkan sekumpulan jemaah umrah terpaksa menunda penerbangan mereka ke Tanah Suci akibat daripada masalah teknikal yang dihadapi pesawat sewa khas MAB.

Sementara menunggu penerbanga, jemaah disediakan kemudahan penginapan dan makan minum di sebuah hotel di Salak Tinggi, di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Disember 2016 @ 7:24 PM