HAMILTON (kiri) dan Nico Rosberg.
HAMILTON (kiri) dan Nico Rosberg.
SCHUMACHER masih belum sedarkan diri
SCHUMACHER masih belum sedarkan diri

Formula Satu (F1) menyertai musim terbaik pada 2014 tetapi ada masanya sukan penuh glamor itu kelihatan terlalu menghukum berbanding memberi ketenangan malah kelihatan meminggirkan penonton berbanding cuba menarik kecenderungan peminat baru.

Banyak boleh dinikmati menerusi dominasi dua pemandu Mercedes, Lewis Hamilton dan Nico Rosberg bertarung sengit hingga ke garisan penamat, dianggap antara permusuhan terhebat dalam sejarah F1 kebelakangan ini.

Sekalipun wujud pertelagahan dan hubungan dingin dalam 'Pertarungan di Padang Pasir' dianggap sebagai 'Abu Double', F1 menyajikan salah satu kronologi sengit pada permulaan era turbo hibrid V6.

Sewaktu Hamilton meraih kemenangan ke-11 dalam kempen musim ini, dia menjadi pelumba pertama 'Silver Arrows' meraih gelaran sejak Juan Manuel Fangio pada 1955 dan pemandu Britain pertama bergelar juara dunia dua kali sejak Jackie Stewart melakukannya pada 1971.

Jika situasi itu mengembalikan kegemilangan pernah dikecapi satu, Hamilton menitiskan air mata sewaktu meraikan gelaran kedua selaku juara dunia dalam pertarungan dianggap 'sukan kejam' yang turut menghidupkan semula memori lama.

Beberapa bulan selepas menandakan ulangtahun ke-20 kematian pelumba legenda dari Brazil, Ayrton Senna di Imola pada 1994, Formula Satu terus melalui detik paling teruk sejak kematian pemandu terbabit.

Jules Bianchi yang berlumba untuk pasukan sedang bergelut, Marussia, terbabas pada kelajuan tinggi dalam keadaan litar basah sewaktu Grand Prix Jepun pada Oktober sebelum melanggar traktor pengalih kereta.

Pemandu Perancis terbabit mengalami kecederaan otak agak serius dan kekal dalam keadaan kritikal.

Tragedi terus membayangi pertarungan ketika perlumbaan sulung diadakan di Sochi, Russia dan baki saingan musim sejak Michael Schumacher bertarung nyawa selepas terbabit dalam satu kemalangan ski di Perancis.

Formula Satu turut terjejas akibat tindakan mereka sendiri terutamanya pemberian mata berganda pada perlumbaan final di Abu Dhabi.

Peminat melihat pemberian mata itu sebagai 'gimik terdesak' yang diperkenalkan selepas pelumba Red Bull Renault, Sebastian Vettel menjulang empat gelaran berturut-turut dengan sembilan kemenangan pada perlumbaan terakhir 2013 dan hanya akan kembali semula pada 2015.

Orang bertanggungjawab di sebalik pengenalan mata terbabit adalah supremo komersil, Bernie Ecclestone yang turut sibuk dengan beberapa perkara lain.

Jika ada sesiapa memperkecilkan kemampuan bilionair berusia 84 tahun itu yang menimbulkan kemarahannya, beliau sebaliknya membuktikan dirinya tidak bersalah dalam kes rasuah mahkamah di Jerman membabitkan nilai pembayaran ASD$100 juta (RM340 juta).

Supremo Britain itu lantang mengkritik enjin senyap baru menggantikan V8 yang bingit. Ecclestone kerap menjadi tajuk utama akhbar dan langsung tidak mengendahkan media sosial.

Beliau menggambarkan kemuncak sukan permotoran itu lebih berminat menarik perhatian orang kaya berusia 70 tahun berbanding gol0ngan muda.

Malah wujud lebih banyak aspek negatif daripada enjin digunakan dan tiada siapa mampu menandingi Mercedes Petronas mencatat 16 kemenangan daripada 19 perlumbaan termasuk 18 kedudukan petak utama dan 11 penamat satu dua.

Menjelang penghujung tahun, debat tahap kebingitan enjin mulai hilang.

Berita baik mengenainya adalah kereta itu mampu memecut dalam perlumbaan sengit dan pantas dengan kurang menggunakan bahan api. Malah, keberkesanan sistem itu melenyapkan potensi boikot dan pertelagahan mengenai wang.

Marussia terpaksa gulung tikar selepas terlepas tiga perlumbaan sementara Caterham tidak bersaing dalam dua perlumbaan tetapi berjaya berada di grid perlumbaan di Abu Dhabi dengan harapan untuk mencari pembeli baru.

Dengan pendapatan dan kos dipertikaikan serta kebimbangan pasukan kecil lain juga berkemungkinan gagal meneruskan saingan mewujudkan suasana keseronokan yang berbeza di trek perlumbaan.

Hamilton dan Rosberg muncul dua pelumba tumpuan utama tetapi pemandu Australia yang sentiasa tersenyum, Daniel Ricciardo yang beraksi pada musim pertamanya bersama Red Bull, menjadi penemuan terbaru sukan itu dengan mencipta tiga kemenangan pertamanya dan membayangi Vettel.

Vettel berpindah tanpa sebarang kemenangan menyertai Ferrari. Pasukan Itali itu gagal menyerlah untuk kali pertama sejak 1993 turut kehilangan Fernando Alonso serta dua ketua pasukan dan pengerusi, Luca di Montezemolo.

Alonso mengharapkan prospek lebih baik di McLaren yang memulakan kerjasama baru bersama Honda untuk mencari kemenangan pertama sejak 2012.

Williams menduduki tempat ketiga keseluruhan menikmati musim cemerlang terbaik mereka sejak lebih sedekad.

Mercedes bakal berdepan lebih banyak tentangan pada musim depan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Disember 2014 @ 5:02 AM