Petugas melakukan persiapan sempena MAHA 2016 yang akan berlangsung pada 1 Disember 2016 sehingga 11 Disember 2016 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN
Petugas melakukan persiapan sempena MAHA 2016 yang akan berlangsung pada 1 Disember 2016 sehingga 11 Disember 2016 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN
Fairul Asmaini Mohd Pilus

Serdang: Sebanyak 150 tan buah-buahan tempatan disediakan kepada pengunjung pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2016 (MAHA 2016) di Taman Pameran Pertanian Malaysia, (MAEPS) di sini bermula esok hingga 11 Disember depan.

Ia membabitkanlebih 50 jenis buah-buahan termasuk yang sukar diperoleh dari kepulauan Borneo seperti tarap dan terung asam.

Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Datuk Ahmad Ishak berkata, semua buah-buahan itu boleh didapati di kawasan Castle of Fruits yang terdiri daripada 108 lot gerai jualan buahan-buahan tempatan serta pelbagai produk pertanian lain.

"Selain itu, FAMA turut menyediakan tiga juta tongkol jagung manis untuk dijual kepada pengunjung sepanjang 11 hari pameran berlangsung.

"Jagung dan buah-buahan ini dijual pada harga yang lebih berpatutan daripada harga pasaran dan orang ramai jangan ketinggalan untuk mendapatkannya," katanya ketika ditemui pada sesi lawatan bersama media ke lokasi tarikan MAHA 2016, sebentar tadi.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 November 2016 @ 6:53 PM