PERTANDINGAN makan durian sampai puas sempena Karnival MYBEST BUY di RTC Kelantan, Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu, 23 September. FOTO Noik Abdullah Nik Omar
PERTANDINGAN makan durian sampai puas sempena Karnival MYBEST BUY di RTC Kelantan, Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu, 23 September. FOTO Noik Abdullah Nik Omar
Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Rakyat Malaysia masih kurang makan buah-buahan tempatan dengan kadar pengambilan ketika ini sekitar 63 kilogram (kg) setahun seorang.

Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Ahmad Ishak, berkata kadar itu dilihat masih terlalu rendah berbanding saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 400kg setahun seorang.

Beliau berkata, perbezaan ketara itu disebabkan tahap kesedaran rakyat yang masih kurang berhubung kebaikan buah-buahan tempatan.

"Untuk meningkatkan kesedaran ini, kami giat menjalankan kempen makan lebih banyak buah-buahan tempatan yang mensasarkan pelajar dan dewasa.

"Buah-buahan tempatan yang baik untuk dinikmati masyarakat ialah durian, duku, dokong dan rambutan," katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Karnival Mybest Buy, Kempen Lebihkan Makan Buah-buahan Tempatan 2016 dan Pemilihan Sajian Popular Sempena MAHA 2016 di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung, di sini, hari ini.

Menerusi kempen itu, FAMA mensasarkan 120kg buah-buahan tempatan dinikmati setiap penduduk dalam tempoh setahun.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 September 2016 @ 2:56 PM