Sistem M-BIKE mengambil masa antara lapan hingga 10 saat pemeriksaan dokumen perjalanan  bagi setiap individu.
Sistem M-BIKE mengambil masa antara lapan hingga 10 saat pemeriksaan dokumen perjalanan bagi setiap individu.
Hayati Ibrahim


Putrajaya: Sistem M-BIKE akan dikuatkuasakan di kedua-dua pintu keluar masuk Malaysia-Singapura di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Johor Bahru, mulai Rabu.

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, M-BIKE atau 'Secured Automated Clearence System' ialah sistem yang dibangunkan khusus bagi penunggang dan pembonceng motosikal warganegara Malaysia berdaftar membolehkan pemeriksaan dokumen perjalanan melalui pintu masuk Malaysia-Singapura dilaksanakan secara automatik.

"Sistem ini inisiatif terbaru kerajaan untuk menambah baik kawalan keselamatan di pintu masuk negara serta situasi trafik di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) BSI dan KSAB.

"Melalui sistem M-BIKE, pemeriksaan dokumen perjalanan mengambil masa antara lapan hingga 10 saat saja bagi setiap individu dan 100 laluan disediakan di CIQ BSI dan 50 laluan di CIQ KSAB,” kata kenyataan itu.

Menurut KDN, pengguna motosikal dikehendaki mendaftar di Pusat Sehenti (OSC) yang beroperasi 24 jam di CIQ BSI dan CIQ KSAB.

Pengguna disaran mendaftar segera bagi memastikan mereka dapat menggunakan kemudahan itu apabila Sistem M-BIKE dikuatkuasakan.

Pendaftaran M-BIKE adalah percuma kepada semua warganegara Malaysia yang memenuhi syarat ditetapkan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 November 2016 @ 2:43 PM