Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melihat penunggang motosikal mengimbas kad  di BSI, semalam.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melihat penunggang motosikal mengimbas kad di BSI, semalam.

Putrajaya: Hanya antara lapan hingga 10 saat.

Itu tempoh diperlukan untuk pemeriksaan dokumen perjalanan selepas penguatkuasaan pelaksanaan ‘Secured Automated Clearance System’ atau M-BIKE mulai esok di dua pintu masuk Malaysia-Singapura.

Sistem yang akan digunakan di dua pintu masuk Malaysia-Singapura di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Johor Bahru itu dijangka dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di situ.

Kementerian Dalam (KDN) dalam kenyataannya berkata, M-BIKE adalah sistem dibangunkan khusus bagi penunggang dan pembonceng motosikal warganegara Malaysia berdaftar yang membolehkan pemeriksaan dokumen perjalanan melalui pintu masuk Malaysia-Singapura dilaksanakan secara automatik.

“Sistem ini adalah inisiatif terbaharu kerajaan untuk menambahbaik kawalan keselamatan di pintu masuk negara,”katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 November 2016 @ 7:35 AM