LOKASI Chung Kin Soon terjatuh ketika melalui titi papan. FOTO ihsan bomba
LOKASI Chung Kin Soon terjatuh ketika melalui titi papan. FOTO ihsan bomba
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Sibu: Lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke Sungai Rajang di jeti Jalan Bank di sini, ketika memunggah barang, jam 9 pagi tadi.

Chung Kin Soon, 20-an, terjatuh ketika melalui titi papan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.10 pagi daripada bapa mangsa.

“Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah dikejarkan ke lokasi.

“Bapa mangsa melihat anaknya terjatuh ketika membawa barangan menyeberangi titi itu. Operasi mencari dan menyelamat masih berjalan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 November 2016 @ 12:03 PM