Ekhwan Haque Fazlul Haque


Sibu: Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarawak rampas 160 balak pelbagai jenis bernilai RM55,000 di tepi Sungai Rajang berdekatan Kampung Banyok, di sini, pagi semalam.

Longgokan balak itu ditemui di tepi sungai berkenaan kira-kira jam 10.15 pagi oleh sepasukan anggota yang menjalankan Ops Pensura.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima Asisten Komisioner Salehuddin Mat Zaman berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati semua balak berkenaan tidak mempunyai cop Jabatan Hutan Sarawak (JHS).

Menurutnya, semua balak ditemui dirampas dan diserahkan kepada JHS untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 90 Ordinan Perhutanan Sarawak 2015," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 January 2017 @ 11:26 AM
Balak yang dirampas Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarawak. FOTO Polis
Balak yang dirampas Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarawak. FOTO Polis