RUMAH panjang yang terbakar. FOTO ihsan Bomba
RUMAH panjang yang terbakar. FOTO ihsan Bomba
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Sibu: Rumah panjang di Teluk Telalo, Pulau Kerto, musnah dalam kebakaran, 2.15 petang tadi.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.24 petang sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu dan Sungai Merah dikejar ke lokasi.

Menurutnya, jentera tiba di lokasi kejadian yang terletak 37 kilometer dari BBP Sibu pada 3.05 petang.

"Kebakaran dapat dikawal pada 3.49 petang dan sebanyak 14 pintu rumah panjang yang terjejas namun ia tidak membabitkan kecederaan dan kemalangan jiwa.

"Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Ogos 2016 @ 5:57 PM