FAHMI dan Idham (dua dari kanan) pada pelancaran AiX, semalam. - Gambar NSTP/AZIAH AZMEE
FAHMI dan Idham (dua dari kanan) pada pelancaran AiX, semalam. - Gambar NSTP/AZIAH AZMEE

CELCOMDIGI Berhad (Celcom Digi) melancarkan Pusat Pengalaman Al Celcom Digi (AiX) tercanggihnya, hab inovasi dan kerjasama sehenti yang mendalam untuk memimpin, memberi inspirasi dan memajukan penciptaan penyelesaian digital bertaraf dunia merentas pelbagai sektor.

Disokong oleh ekosistem luas pemain teknologi global terkemuka dan rakan kongsi tempatan, AIX akan berfungsi sebagai titik fokus untuk kerjasama merentas industri, memanfaatkan teknologi baru muncul seperti 5G, Kecerdasan Buatan (AI), Realiti Lanjutan (XR), Robotik, Analitis dan Metaverse.

Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Datuk Idham Nawawi berkata, teknologi baru muncul seperti Al sedang merevolusikan dunia dan Malaysia mesti seiring dengan kemajuan ini untuk membina sebuah negara digital yang berkembang pesat.

Katanya, sebelum ini Kumpulan membuat komitmen yang kukuh untuk memainkan peranan penting merealisasikan cita-cita memanfaatkan keupayaan gabungan CelcomDigi yang lebih besar sebagai syarikat yang digabungkan untuk melabur dan memacu pendigitalan, inovasi dan pertumbuhan mampan untuk negara.

"AiX menekankan kepentingan ekosistem inovasi yang berkembang maju untuk membangunkan masyarakat digital yang teguh.

"Dalam era serba pantas digital, kepantasan dan inovasi adalah penting.

"Oleh itu, kami sudah mereka AiX pada model perkongsian yang kukuh dan evolusi berterusan, membolehkan kami mencipta kes penggunaan yang berpotensi besar pada kelajuan yang dipercepatkan untuk Malaysia dengan beberapa pemain teknologi global dan ekosistem tempatan yang terkenal.

"Oleh itu, kami bersama-sama sudah melabur RM55 juta untuk menyokong inisiatif infrastruktur, perkongsian dan kecekapan yang diperlukan untuk menyokong Malaysia melalui perubahan teknologi yang pantas di sekeliling kita," katanya di majlis pelancaran AiX di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

AiX adalah rumah kepada AI-RA, manusia digital Al pertama dan menempatkan ruang kolaboratif yang berfungsi sebagai persekitaran makmal canggih yang dibuka kepada pihak yang berminat daripada syarikat pemula kepada perusahaan berskala besar dan ahli akademik bagi bekerjasama mencipta, menguji dan mengesahkan penyelesaian baharu yang menggandingkan 5G dengan teknologi baru muncul lain.

Dibina berdasarkan model perkongsian, AiX dikuasakan oleh ekosistem yang kukuh, meluas dan berkembang daripada 40 peneraju teknologi global, rakan kongsi tempatan dan penyedia penyelesaian, daripada rakan kongsi langsung Huawei dan ZTE, kepada rakan kerjasama lain AWS, Digital Nasional Berhad, Ericsson, Microsoft, SK Telecom, Softbank, Sumitomo dan Yinson.

AiX akan dibuka untuk pelawat secara berjadual. Rakan kongsi teknologi, perniagaan, ahli akademik, agensi kerajaan dan organisasi korporat dijemput untuk melawat AiX untuk melihat masa depan masyarakat digital melalui pameran yang mendalam dan interaktif.

Kes penggunaan AiX akan diperbaharui secara berkala untuk memastikan pengalaman pelawat dan pencipta bersama dapat menguji teknologi terkini selaras dengan dinamik industri teknologi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Julai 2024 @ 7:02 AM