Coutinho rai jaringan bersama Firmino belasah Watford 6-1. FOTO AGENSI
Coutinho rai jaringan bersama Firmino belasah Watford 6-1. FOTO AGENSI
Agensi

London: Liverpool melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas dua jaringan Sadio Mane membantu skuadnya menang 6-1 membenam Watford di Anfield, hari ini.

Tottenham terselamat seri 1-1 dalam saingan derby London Utara bertemu Arsenal.

Skuad Jurgen Klopp membuktikan reputasi selaku pencabar utama gelaran selepas berada satu mata di depan Chelsea hasil jaringan besar di tempat sendiri.

Reds mendahului seawal minit 27 selepas pemain sayap Senegal Mane menanduk masuk sepakan sudut Philippe Coutinho melepasi penjaga gol Watford Heurelho Gomes.

Roberto Firmino kemudian lorong bola kepada Coutinho yang menyudahkan gol kedua sebelum Emre Can menanduk masuk hantaran lintang Adam Lallana.

Firmino menjadikan kedudukan 4-0 m-57 sebelum Mane Mane jaring gol kedua m-60 dgn penyudah menarik.

Daryl Janmaat ledak gol pertamanya bersama Watford m-75 sebelum sepakan gol Georginio Wijnaldum m-90 menjadikan kedudukan 6-1.

Liverpool menang tujuh daripada lapan perlawanan terakhir dan kini berada pada tahap terbaik memburu takhta juara liga Inggeris untuk kali pertama sejak 1990.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 November 2016 @ 12:46 AM