FOTO Reuters
FOTO Reuters
FOTO Reuters
FOTO Reuters
FOTO Reuters
FOTO Reuters

London: Willy Caballero menyelamatkan tiga penalti untuk membantu Manchester City menjuarai Piala Liga Inggeris, di Stadium Wembley, awal pagi ini.

City menang 3-1 ke atas Liverpool menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Biarpun penjaga gol kelahiran Argentina itu pilihan kedua selepas Joe Hart pada saingan Liga Perdana dan Piala Juara-Juara, dia sering berada dalam kesebelasan utama bagi siri Piala Liga.

Penjaga gol 34 tahun itu menafikan sepakan penalti Lucas Leiva, Philippe Coutinho dan Adam Lallana.

Yaya Toure kemudian menjaringkan gol kemenangan City.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Februari 2016 @ 8:11 AM