Pancutan air akibat paip pecah dekat tapak pembinaan loji rawatan air Semenyih 2, di Stesen Pam Air Mentah (SPAM) Kampung Jenderam Hilir setinggi menara pencawang elektrik. - Foto Bernama
Pancutan air akibat paip pecah dekat tapak pembinaan loji rawatan air Semenyih 2, di Stesen Pam Air Mentah (SPAM) Kampung Jenderam Hilir setinggi menara pencawang elektrik. - Foto Bernama
BERNAMA

Sepang: Kejadian paip air pecah berhampiran tapak pembinaan loji rawatan air Semenyih 2 di Kampung Jenderam Hilir di sini hari ini, mengakibatkan air memancut setinggi lebih 30 meter hingga mencecah kabel pencawang elektrik.

Hotline Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada orang awam yang melihat kejadian pancutan air berkenaan kira-kira 6 petang dan memaklumkan Syabas akan melakukan kerja-kerja pembaikan.

Petugas SYABAS yang ditemui pula berkata paip air yang terjejas dipercayai membabitkan saluran paip air bersih dari Putrajaya ke Bukit Mahkota.

Beliau berkata saluran paip air itu sudah ditutup untuk kerja pembaikan dan kawasan Bukit Mahkota dijangka mengalami gangguan air buat sementara waktu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 November 2016 @ 10:08 PM