KEADAAN pondok polis yang tenggelam di dalam lubang tanah mendap di Bukit Bintang.
KEADAAN pondok polis yang tenggelam di dalam lubang tanah mendap di Bukit Bintang.
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Nabihah Kamal


Kuala Lumpur: Sebuah pondok polis bantuan milik DRB-HICOM ‘ditelan bumi’ sedalam kira-kira 1.5 meter akibat kejadian tanah mendap di hadapan Pusat Pameran Kereta Audi Jalan Bukit Bintang persimpangan Jalan Imbi dan Pusat Beli-Belah Pavilion di sini.

Kejadian kira-kira jam 5.30 pagi semalam itu berpunca kerja mengorek terowong yang mengakibatkan paip milik Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) pecah sekali gus mengakibatkan mendapan.

Kejadian tanah mendap itu turut mengakibatkan jalan di kawasan berkenaan ditutup untuk penyelenggaraan lebih 48 jam.

Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corp Mahmood Razak berkata, kejadian itu berpunca pergerakan aliran tanah yang memberi tekanan kepada saluran paip SYABAS.

“Kami sudah mengeluarkan pondok polis bantuan yang terperosok di dalam lubang itu. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.\\

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 April 2015 @ 9:08 AM