PASUKAN Bomba membuat operasi pencarian mangsa. FOTO Zulaikha Zainuzman
PASUKAN Bomba membuat operasi pencarian mangsa. FOTO Zulaikha Zainuzman
Hadzlihady Hassan


Butterworth: Lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun sungai di Ampang Jajar, Jalan Bagan Lalang, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, Lim Cheng Hai, 53, memandu kereta dan meninggalkan kenderaannya itu di tepi sungai sebelum terjun.

Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Azman Hussin berkata, mangsa sempat menghubungi isterinya dan meminta wanita terbabit mengambil kereta yang ditinggalkan di tepi sungai.

"Bomba menerima panggilan pada 9.04 pagi dan sejurus tiba di lokasi mendapati kereta serta sepasang selipar berada di tepi sungai terbabit.

"Setakat ini usaha mencari mangsa masih dilakukan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 November 2016 @ 4:01 PM