ANGGOTA Bomba bersiap sedia dalam misi mencari mangsa lemas. FOTO SITI ROHANA IDRIS
ANGGOTA Bomba bersiap sedia dalam misi mencari mangsa lemas. FOTO SITI ROHANA IDRIS
Siti Rohana Idris


LELAKI dipercayai lemas selepas terjun dari jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, hari ini.

Kejadian berlaku pada 3.20 petang apabila lelaki belum dikenalpasti itu meletakkan motosikal Honda EX5 miliknya di tepi jalan sebelum terjun ke dalam sungai.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, kejadian itu dilihat seorang saksi yang berada 250 meter dari lokasi mangsa terjun.

"Saksi memberitahu dia ternampak seorang lelaki sedang memanjat penghadang jambatan dan terus terjun ke dalam sungai.

"Saksi menghubungi pihak berkuasa dan kami mendapatkan bantuan bomba serta Pasukan Polis Marin (PPM) untuk operasi mencari dan menyelamat," katanya ketika ditemui, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Mei 2020 @ 6:41 PM