PEMAIN Korea, Seo Inwoo (dua dari kiri) dikawal pemain negara pada  Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia kali ke-4, semalam.
PEMAIN Korea, Seo Inwoo (dua dari kiri) dikawal pemain negara pada Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia kali ke-4, semalam.
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Kuantan: Skuad kebangsaan menamatkan cabaran peringkat kumpulan di tempat kedua selepas seri 1-1 dalam perlawanan terakhir menentang Korea Selatan pada Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2016, di Stadium Hoki Indera Mahkota, di sini, malam tadi.

Turun selaku tuan rumah, Malaysia tampil garang pada awal babak apabila kerap menguji kubu lawan termasuk dua pukulan sudut penalti yang diperoleh.

Pasukan negara yang dibimbing Stephen Van Huizen ternyata menampilkan permainan berbeza selepas tewas kepada India 1-2 kelmarin apabila kerap menyerang melalui posisi sayap.

Bagaimanapun babak pertama tidak menghasilkan sebarang jaringan buat kedua-dua pasukan sebelum Korea Selatan tampil berbeza selepas rehat dengan mula menukar corak permainan kepada taktik menyerang

Menyedari memerlukan kemenangan bagi memperbaiki kedudukan Korea Selatan mula melancarkan serangan hasilnya mereka berjaya memperoleh gol melalui jaringan Jeong Junwoo pada minit ke-37 selepas menghukum kealpaan benteng negara.

Turun selaku pilihan kedua kejohanan Korea Selatan mula menunjukkan taring apabila kerap menguji gawang negara yang dikawal Hafizuddin Othman termasuk dua pukulan sudut penalti pada babak kedua.

Razie Rahim ternyata tidak mensesiakan peluang apabila menyumbat masuk pada minit ke-56 selepas diberi tanggung jawab menyempurnakan pukulan sudut penalti itu untuk kedua-dua pasukan sekadar berkongsi satu mata selepas terikat 1-1.

Keputusan itu meletakkan Malaysia di belakang India yang muncul juara kumpulan.

Pakistan menduduki tangga ketiga diikuti Korea Selatan keempat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Oktober 2016 @ 9:56 AM