KEDINGINAN air terjun Kipungit dan suasana hijau di sekelilingnya memberikan kesegaran serta kedamaian buat pengunjung.
KEDINGINAN air terjun Kipungit dan suasana hijau di sekelilingnya memberikan kesegaran serta kedamaian buat pengunjung.
myMetro

Kedinginan air terjun Kipungit di Ranau, Sabah, cukup menyegarkan untuk bermandi-manda.

Dengan ketinggian kira-kira 12 meter, ia antara air terjun yang mudah dikunjungi selepas bertandang ke Kolam Air Panas Poring (Poring Hot Spring) kerana hanya mengambil masa 15 minit perjalanan.

Tidak hairanlah Kipungit menjadi kawasan perkelahan penduduk tempatan yang gemar berenang bagi menikmati kesejukan air gunung.

Kemudahan asas seperti tandas awam dan tapak perkhemahan, selain kehijauan alam semula jadi menjadikan air terjun ini antara lokasi mesti dikunjungi saat berkunjung ke Ranau, selain menikmati kehangatan kolam air panas yang terletak tidak jauh dari situ.

Selain mandi air terjun, ikan kecil sebesar berudu yang berenang bebas bagaikan memberi perkhidmatan ‘urut’ secara percuma.

Pemandangan dan kesegaran udara di hutan simpan menghijau, ditambah bunyi unggas alam memberikan kedamaian tidak ternilai harganya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Oktober 2016 @ 10:14 AM