SUASANA damai dengan kolam luas memberikan keselesaan kepada pengunjung. - Gambar sumber gondangonline.com
SUASANA damai dengan kolam luas memberikan keselesaan kepada pengunjung. - Gambar sumber gondangonline.com

Berendam di kolam air panas sememangnya cukup menyenangkan. Badan pastinya terasa segar selepas berendam walaupun pada awalnya kehangatan air panas itu sedikit terasa.

Dengan kolam yang luas dan kehijauan alam semula jadi di sekeli­lingnya, ia menambahkan lagi keselesaan sekali gus menjadikan Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali lokasi rekreasi yang harus dikunjungi.

Terletak tujuh kilometer dari pekan Batang Kali di daerah Hulu Selangor, Kolam Air Panas Hulu Tamu yang kini berwajah baru selepas dinaik taraf memberikan kedamaian dan keseronokan hujung minggu.

Dengan penambahan pondok konkrit dan gazebo, ia secara tidak langsung memberi keselesaan kepada pengunjung.

Air panas dibahagikan kepada dua bahagian. Satu, air mata air panas semula jadi manakala yang lainnya bersama air sejuk yang sesuai untuk berenang.

Waktu operasinya setiap hari dari pagi hingga malam. Menariknya, masuk dan tempat letak kereta di Kolam Air Panas Hulu Tamu percuma.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 April 2016 @ 5:03 AM