AIR yang terjun memukul batuan memberikan
AIR yang terjun memukul batuan memberikan
PERIUK kera di Hutan Lipur Chemerong.
PERIUK kera di Hutan Lipur Chemerong.
POKOK kayu aran dan merbau yang saling bertautan.
POKOK kayu aran dan merbau yang saling bertautan.
HUTAN Lipur Chemerong dengan jenis hutan dipterokarp  bukit  memaparkan landskap menarik.
HUTAN Lipur Chemerong dengan jenis hutan dipterokarp bukit memaparkan landskap menarik.
MENARA tinjau Hutan Lipur Chemerong memberi peluang kepada pengunjung melihat keindahan kawasan sekeliling.
MENARA tinjau Hutan Lipur Chemerong memberi peluang kepada pengunjung melihat keindahan kawasan sekeliling.
JAMBATAN gantung yang memberi peluang pengunjung menikmati keindahan alam.
JAMBATAN gantung yang memberi peluang pengunjung menikmati keindahan alam.
Oleh SuliatiAsri

Pancaran cahaya matahari petang dari puncak air terjun tertinggi di Asia Tenggara yang menyambut kedatangan penulis cukup memukau.

Subhanallah! Hanya itu yang mampu penulis ungkapkan apabila melihat keindahan panorama indah ciptaan Ilahi itu.

Air terjun yang menghempas batu dengan bunyi jatuhan air seperti terapi minda, sekali gus menghilangkan keletihan penulis berjalan selama sejam 30 minit.

Duduk bersantai di tepi kolam air sambil merendam kaki memberi peluang penulis menghirup udara segar sepuas hati.

Itu antara pengalaman penulis bersama peserta Kembara bersama Media Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), baru-baru ini.

Walaupun hanya sempat meluangkan masa 30 minit di kaki air terjun yang berketinggian 305 meter itu, ia sudah memadai dan sesuatu yang bermakna.

Selain sesuai untuk berenang, Air Terjun Chemerong yang dikelilingi alam semula jadi itu mempunyai satu lagi keistimewaan iaitu Hutan Lipur Chemerong, Dungun, Terengganu.

Hutan simpan itu sesuai untuk aktiviti rekreasi seperti beristirahat, bersukan, penyelidikan serta pendidikan flora dan fauna.

Mempunyai jenis hutan dipterokarp bukit, hutan lipur itu dikategorikan masih dara.

Hutan lipur ini dimajukan sejak tahun 1993 dengan keluasan 292 hektar.

Memulakan perjalanan ke air terjun, kami disajikan pemandangan flora dan fauna. Setiap laluan pejalan kaki di sekitar kawasan hutan itu menjadi lokasi rekreasi penduduk sekitar.

Diiringi deruan air sungai yang deras, perjalanan kami bukan saja ditemani pepohon yang meninggi dan menghijau, tetapi suasana yang tenang dan dingin bagaikan menyambut mesra kedatangan kami.

Letih? Memang dirasai apatah lagi ada kalanya kami perlu mendaki dan menuruni bukit, namun celoteh peserta dan pegawai bagaikan kata-kata semangat untuk sampai ke kaki air terjun tertinggi di Asia Tenggara itu.

"Datang jauh-jauh, rugi kalau tidak sampai," kata seorang pegawai.

Di sepanjang perjalanan, sesuatu yang cukup penulis kagumi mengenai Hutan Lipur Chemerong ini ialah suasana persekitaran yang cukup mendamaikan.

Kawasannya yang lembap sehingga membuatkan kulat tumbuh di pokok-pokok hutan mahupun bebatu hutan memberikan satu keindahan yang perlu dinikmati selain pelbagai buah hutan dan periuk kera.

Selain air terjun, Hutan Lipur Chemerong juga menawarkan pelbagai tarikan lain, antaranya cabaran mendaki Gunung Berembun di Banjaran Titiwangsa.

Pakej pendakian meliputi Air Terjun Chemerong-Gunung Berembun-Air Terjun Lansir yang mengambil masa tiga hari dua malam.

Pendakian itu membolehkan anda merasai cabaran semula jadi seperti laluan curam, meniti di atas akar kayu dan lorong yang sempit sepanjang pendakian ke Gunung Berembun setinggi 1,108 meter.

Trek yang dibuka sejak 1987 itu memberikan satu kepuasan menakjubkan dengan pelbagai spesies flora dan fauna seperti taman bonsai, tumbuhan herba, kolam orkid dan serangga selain anak sungai.

Kepuasan dapat dirasakan apabila berada di puncak gunung yang menyajikan pemandangan menarik.

Aktiviti lain di Hutan Lipur Chemerong ialah berkelah, berkhemah, mandi-manda dan merentas denai.

Kawasan hutan itu mempunyai kemudahan lengkap seperti dewan, tandas awam, surau, tapak perkhemahan, pondok rehat dan menara tinjau.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Oktober 2014 @ 5:29 AM