ISUZU D-MAX versi peningkatan dilancarkan. FOTO Lizam Ridzuan
ISUZU D-MAX versi peningkatan dilancarkan. FOTO Lizam Ridzuan
Lizam Ridzuan


Kuala Lumpur: Isuzu Malaysia Sdn Bhd, hari ini melancarkan model trak pikap D-Max dan kenderaan utiliti sukan (SUV) mu-X dipertingkatkan yang disasar untuk segmen gaya hidup.

Lapan pilihan model dalam tiga varian terdiri daripada model Standard, Premium dan Z-Prestige melalui pengubahsuaian yang paling besar sejak diperkenalkan pada 2013.

Antara penambahbaikan yang dilakukan termasuklah pada bahagian dalaman dan luaran namum masih mengekalkan enjin diesel VGS turbo intercooler 2.5 atau 3.0 liter dengan transmisi automatik atau manual lima kelajuan.

Ciri-ciri baru dalam varian Z-Prestige yang terbaik dalam kelasnya mempunyai ciri Passive Entry and Start System (PESS), rim aloi 18 inci, lampu depan projektor dan nyalaan siang (DRL), pemain DVD dengan skrin sesentuh dan banyak lagi.

Harga atas jalan bermula daripada RM83,000 bagi D-Max 2.5L standard dengan transmisi manual hingga RM128,000 untuk varian Z-Prestige dengan transmisi automatik termasuk lima tahun waranti atau 150,000 kilometer.

Untuk SUV mu-X Type-S ia dijual pada harga atas jalan RM181,840.80 dengan waranti lima tahun tanpa had perbatuan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Oktober 2016 @ 9:38 PM