MOHD Syahir bersama ibunya.
MOHD Syahir bersama ibunya.
ANTARA kek yang dihasilkan Mohd Syahir.
ANTARA kek yang dihasilkan Mohd Syahir.
ANTARA kek yang dihasilkan Mohd Syahir.
ANTARA kek yang dihasilkan Mohd Syahir.
ANTARA kek yang dihasilkan Mohd Syahir.
ANTARA kek yang dihasilkan Mohd Syahir.
MOHD Syahir turut menjadi tenaga pengajar untuk kursus membuat kek.
MOHD Syahir turut menjadi tenaga pengajar untuk kursus membuat kek.
Nor Hanisah Kamaruzaman

Walaupun banyak persaingan, Mohd Syahir Akmal, 23, nekad menjadikan penghasilan kek dan pastri kerjaya sepenuh masa.

Penulis berpeluang menemu bual anak muda lulusan Diploma Perniagaan itu mengenai perkara itu.

Menurut Mohd Syahir, bakat membuat kek adalah bakat terpendam yang dimiliki sejak baru beberapa tahun lalu dan sebelum itu tidak pernah berminat membakar kek.

“Selepas tamat pengajian diploma, saya terfikir untuk sambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda namun tidak pasti laluan mana yang ingin dipilih.

“Saat itu perkara pertama terlintas di fikiran adalah kek dan kenapa saya tidak hasilkan kek? Bermula dari situ saya banyak bereksperimen dan cuba hasilkan pelbagai jenis kek.

“Apabila yakin itu yang saya ingin lakukan untuk masa depan, saya buat kek secara serius dan banyak belajar daripada YouTube tapi untuk dekorasi kek, saya sertai kelas,” katanya.

Ketika ditanya mengapa memilih bidang itu sepenuh masa Mohd Syahir berkata, menghasilkan kek bukan sekadar minat tapi lebih daripada itu.

“Pada saya, untuk bahagia dalam hidup bukanlah sekadar lakukan atau kerja dalam bidang yang kita minat tapi perlu cinta dengan apa dilakukan.

“Saya memang cintakan apa yang dilakukan kerana setiap kali bangun tidur tidak tertekan atau perlu terkejar-kejar jadi ini adalah apa yang saya suka,” katanya.

Selain berniaga kek dan pasti hasil kerja tangannya secara dalam talian, Mohd Syahir turut menjadi tenaga pengajar kursus membuat kek dan menjalankan kelas peribadi untuk bilangan peserta yang kecil di rumahnya.

Mohd Syahir yang pernah menyertai program realiti Hero Oven turut berkata, dia menyeru generasi Y untuk terus mengejar impian dan tidak mudah putus asa.

“Untuk berjaya dalam sesuatu bidang perlu banyak kesabaran dan yang paling penting perlu cinta apa kita buat kerana ia bukan saja membuatkan kira rasa seronok tapi pada masa sama kita dapat menghasilkan yang terbaik,” katanya.

INFO

• Nama: Mohd Syahir Akmal

• Usia: 23 tahun

• Pendidikan: Diploma Perniagaan daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kuala Pilah, Negeri Sembilan

• Instagram: @cakeliciousmy

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Oktober 2016 @ 5:27 AM