KOK CHIN (kanan) menunjukkan rokok yang dirampas. FOTO Ekhwan Haque Fazlul Haque
KOK CHIN (kanan) menunjukkan rokok yang dirampas. FOTO Ekhwan Haque Fazlul Haque
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuching: Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak rampas 11,565 karton rokok putih bernilai RM481,500 dalam serbuan di dua rumah di Jalan Kuching-Serian, semalam.

Serbuan dijalankan pada 4 petang dan 10 malam itu hasil risikan dan pemantauan selama beberapa minggu.

Komander PGA Sarawak, Senior Asisten Komisioner Khaw Kok Chin berkata, rumah berkenaan dijadikan stor sindiket sebelum rokok berkenaan dijual di pasaran tempatan.

Menurutnya, rokok yang dirampas diimport dari negara luar dan tidak diisytiharkan bagi mengelak cukai.

"Polis juga turut menahan dua lelaki masing-masing berusia 40 dan 62 tahun dipercayai anggota sindiket kerana menawarkan rasuah kepada pegawai serbuan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PGA Sarawak, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Oktober 2016 @ 12:41 PM